Wednesday 16 November 2016

TEMPAT PENGINAPAN

Hotel Easy Crystal | Dari RM140 Semalam


       Hotel ini berhampiran dengan pekan Pantai Cenang membuat kerja mencari tempat makan yang sedap senang kerana terdapat banyak kedai makan di pekan tersebut.
  Hotel Easy Crystal ini menyediakan perkhidmatan menyimpan bagasi, servis photocopy dan parking percuma.
    
   Selain daripada Wifi percuma, terdapat juga penyaman udara, bilik air persendirian, TV, dan pengering rambut. Lapangan Terbang Langkawi hanya 15 minit memandu sahaja. Antara tarikan popular yang terletak berdekatan dengan hotel adalah Cenang Mall untuk barang Duty Free dan Langkawi Underwater World.
Harga: Dari RM140 Semalam
Lokasi: Lot 2325, Tanjung Mali, Jalan Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang
Malibest Resort | Dari RM150 Semalam

     Tidak boleh dinafikan bahawa Hotel Malibest Resort adalah hotel bajet paling popular di Pantai Cenang. Ini adalah kerana dengan harga RM150 semalam anda dapat bermalam di sebuah resort selesa yang terletak betul-betul tepi pantai.

       Wifi percuma disedikan di kawasan lobi resort. Didalam bilik terdapat segala kelengkapan untuk menjamin keselesaan anda seperti penghawa dingin dan bilik air persendirian. Banyak juga tarikan popular yang terletak berhampiran dengan resort seperti Langkawi Cable Car dan pekan Pantai Cenang.
Harga: Dari RM150 Semalam
Lokasi: Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang

No comments:

Post a Comment