AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK DI LANGKAWI
Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi
Jalan-jalan mengelilingi pantai, tapi di atas udara! Di Langkawi, Parasailing boleh dilakukan di dua lokasi, iaitu di Pantai Cenang dan di Tanjung Rhu.
Ronda sekitar Langkawi dengan menaiki helicopter
Nikmati keindahan Langkawi dari atas udara. Anda boleh sewa heli dari Langkawi Outpost. Dengan tagline mereka, 'Langkawi As Never Seen Before' sememangnya menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Satu heli boleh memuatkan 4 orang, 1 pilot dan 3 passenger dengan bayaran sebanyak RM555 per ride.
Snorkeling di Taman Marin, Pulau Payar
Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan di Pulau Payar adalah snorkelling. Pulau Payar terletak 30 km ke tenggara Pulau Langkawi. Disana anda akan mandi dan berenang bersama-sama dengan ikan berwarna-warni di sekeliling anda. Pada musim panas (Oktober hingga Februari), anda mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba, ikan paus dan ikan yu
SkyTrek Langkawi
Bagi yang meminati aktiviti lasak bolehlah datang untuk mencuba skytrek dibina di kawasan berbukit bukau ini.
Be Creative di Muzium 3D Langkawi
Muzium 3D Art ini adalah yang terbesar di dunia. Muzium yang berharg RM17 juta ini mempunyai lebih 200 gambar 3D.
No comments:
Post a Comment