Wednesday 16 November 2016

MAKANAN MENARIK DI LANGKAWI

NASI DAGANG

makanan menarik di langkawi


Menikmati keenakan nasik dagang dengan ikan tongkol sambil melihat kehijauan jelapang padi yang luas dan yang nun di hujung sana pemandangan bukit yang menghijau pasti membuatkan pengalaman makan disini lebih 'authentik' klasikal .
The Loaf Telaga Harbour



Kesedapan roti dan pastri yang dijual di sini amat memikat selera pengunjung yang datang dengan harganya yang amat berpatutan

Jom Ikan Bakar 



Jom Ikan Bakar menyediakan pelbagai pilihan menu ikan bakarnya yang segar dan enak. Pelbagai pilihan sambal dan ulaman juga tutut disediakn untuk pengunjung yang menginginkan juadah kampung

The Pizza Maker



The Pizza Maker adalah salah satu kedai pizza yag amat popular di Langkawi yang menyediakan pelbagai jenis pilihan pizza untuk pelancong.

Ikan Stim Veena Thai


Restoran yang menyajikan makanan thai yang amat popular ini terletak di bandar Kuah.

TEMPAT PENGINAPAN

Hotel Easy Crystal | Dari RM140 Semalam


       Hotel ini berhampiran dengan pekan Pantai Cenang membuat kerja mencari tempat makan yang sedap senang kerana terdapat banyak kedai makan di pekan tersebut.
  Hotel Easy Crystal ini menyediakan perkhidmatan menyimpan bagasi, servis photocopy dan parking percuma.
    
   Selain daripada Wifi percuma, terdapat juga penyaman udara, bilik air persendirian, TV, dan pengering rambut. Lapangan Terbang Langkawi hanya 15 minit memandu sahaja. Antara tarikan popular yang terletak berdekatan dengan hotel adalah Cenang Mall untuk barang Duty Free dan Langkawi Underwater World.
Harga: Dari RM140 Semalam
Lokasi: Lot 2325, Tanjung Mali, Jalan Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang
Malibest Resort | Dari RM150 Semalam

     Tidak boleh dinafikan bahawa Hotel Malibest Resort adalah hotel bajet paling popular di Pantai Cenang. Ini adalah kerana dengan harga RM150 semalam anda dapat bermalam di sebuah resort selesa yang terletak betul-betul tepi pantai.

       Wifi percuma disedikan di kawasan lobi resort. Didalam bilik terdapat segala kelengkapan untuk menjamin keselesaan anda seperti penghawa dingin dan bilik air persendirian. Banyak juga tarikan popular yang terletak berhampiran dengan resort seperti Langkawi Cable Car dan pekan Pantai Cenang.
Harga: Dari RM150 Semalam
Lokasi: Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK


AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK DI LANGKAWI
Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi
      Jalan-jalan mengelilingi pantai, tapi di atas udara! Di Langkawi, Parasailing boleh dilakukan di dua lokasi, iaitu di Pantai Cenang dan di Tanjung Rhu.

                                      Ronda sekitar Langkawi dengan menaiki helicopter


       Nikmati keindahan Langkawi dari atas udara. Anda boleh sewa heli dari Langkawi Outpost. Dengan tagline mereka, 'Langkawi As Never Seen Before' sememangnya menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Satu heli boleh memuatkan 4 orang, 1 pilot dan 3 passenger dengan bayaran sebanyak RM555 per ride.
                                        Snorkeling di Taman Marin, Pulau Payar
                              



         Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan di Pulau Payar adalah snorkelling. Pulau Payar terletak 30 km ke tenggara Pulau Langkawi. Disana anda akan mandi dan berenang bersama-sama dengan ikan berwarna-warni di sekeliling anda. Pada musim panas (Oktober hingga Februari), anda mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba, ikan paus dan ikan yu



SkyTrek Langkawi


Bagi yang meminati aktiviti lasak bolehlah datang untuk mencuba skytrek dibina di kawasan berbukit bukau ini.



Be Creative di Muzium 3D Langkawi


Muzium 3D Art ini adalah yang terbesar di dunia. Muzium yang berharg RM17 juta ini mempunyai lebih 200 gambar 3D.


TEMPAT-TEMPAT MENARIK


TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI PULAU LANGKAWI


KERETA KABEL

Image result for kereta kabel langkawi

                                                                                
      Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah. Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang  di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika anda datang dari lapangan terbang Langkawi. Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak. Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 20 minit. Pemandangan semasa dalam perjalanan ke puncak sungguh menakjubkan. Anda akan dapat melihat keindahan rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi Pulau tersebut. Anda juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut hindi ,laut andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas. Kereta Kable ini mempunyai 3 stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650 Meter, disini anda boleh turun untuk mengambil kereta kable yang seterusnya yang akan membawa anda kepuncak.              
       
                               JABATAN TERAPUNG                      

Image result for jambatan gantung langkawi


     Jambatan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncakGunung Mat Chincang. Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung. Anda perlu menaiki Cable Car jika anda hendak ke Jambatan Udara tersebut.
Harga Tiket : Termasuk dengan harga tiket Cable Car
Waktu Operasi Isnin – Khamis (10 am – 6 pm) | Jumaat – Ahad (9.30 am – 7.00 pm)
Lokasi : Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi

UNDERWATER WORLD 

Image result for underwater world langkawi



       Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan. Underwater World ini terletak di hujung pantai cenang bersebelahan dengan Pantai Tengah. Anda boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar. Anda juga boleh melihat Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia. Di sini juga terdapat terowong akuarium yang jika anda lalu, anda boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas anda.

AIR TERJUN TELAGA TUJUH




      Air Terjun Telaga Tujuh boleh dikatakan tempat paling tenang di Pulau Langkawi. Air terjun ini terletak di Gunung Mat Cincang. Kalau anda berani boleh panjat ke atas air terjun ini. Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan. Anda boleh ke puncak dengan menaiki anak-anak tangga yang disediakan dan ia mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak.

PETA TEMPAT PERCUTIAN

PETA PELANCONGAN PULAU LANGKAWI





Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia ,kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah.Pulau yang di kenali ramai ialah Pulau Langkawi.Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa,dan puteri jelita dari kayangan.Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara,Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antarakepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara .Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 jutatahu dahulu,pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkanimaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya .Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan'stlagmit'menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut.Pantai di Langkawi yang bersih ,cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengaksyikkan .